Home

Monday, February 15, 2010

Asal Usul Pekan Teluk Sengat

Pemandangan pekan Telok Sengat,Kota Tinggi, Johor

Panglima Buyong ialah org kepercayaan raja. Dia bebas masuk dan keluar istana. Di istana ramai dayang yang menguruskan persiapan raja. Panglima Buyong jatuh hati dengan seorang dayang yang bernama Azizah. Azizah juga sukakan dia. Mereka sepakat melarikan diri.

Pada suatu malam, mereka melarikan diri senyap-senyap dengan menggunakan sampan. Dua hari dua malam mereka di laut, baharulah sampai ke pantai, pantai itu tidak jauh dari Kampung Johor Lama. Panglima Buyong menukar nama supaya tidak diketahui orang.

Jeti Telok Sengat

Di istana, raja sangat murka atas kehilangan dayang baginda. Daeng Haji Muda dan Daeng Haji Putih dititahkan merisik ke seluruh jelajah takluk. Mereka pahlawan terbilang dari Bugis.

Akhirnya mereka menemui Panglima Buyong di Kampung Johor Lama. Apabila sampai di rumah Panglima Buyong, Daeng Haji Putih dan Daeng haji Muda menikamnya. Panglima Buyong cedera parah.

Setelah kedua-dua pahlawan Bugis itu meninggalkan Buyong, baharulah org kampung berani menziarahinya. Mereka merawat Panglima Buyong. Lukanya teruk sekali. Apabila bertanya keadaannya, semuanya menjawab, "Teruk sangat."

Seorang pedagang Cina telah singgah di kampung itu. Dia singgah dan mendengar cerita orang cedera. Dia cuba mengubat tetapi dia juga tidak sanggup. Dengan loghat cinanya dia menjawab, "Telok Sengat". Sejak itulah pekan itu digelar Teluk Sengat.

(Dipetik dari : Himpunan Cerita Rakyat Malaysia)

Sunday, February 14, 2010

Sejarah Pembukaan Bandar Batu Pahat,Johor

Kanan : Pandangan atas bandar Batu Pahat ;
Kiri : Tugu bersejarah batu dipahat
Bawah : Balai Polis bandar Batu Pahat

Pada zaman dahulu, Batu Pahat dikenali sebagai Pulau Kundur dan Sungai Batu Pahat juga dikenali sebagai Sungai Kundur. Ianya merupakan petempatan-petempatan kecil yang berasingan yang dibuka oleh orang-orang kenamaan dan orang-orang besar seperti penghulu dan ketua-ketua kampung. Sebagai contoh, semasa pemerintahan Sultan Hussin di Singapura dan Johor, dua orang ketua dari orang-orang Melayu Daik, dan seorang lagi dari Simpang Kiri bernama Rapang dari keturunan Orang Besar Pahang telah menghadap Sultan Hussin. Mereka berdua telah diberi taraf penghulu oleh Sultan Hussin di tempat masing-masing pada tahun 1834.

Berikutan dengan pembukaan petempatan-petempatan kecil ini, maka kawasan Batu Pahat ini telah bertambah maju dan meluas. Pada tahun 1885 beberapa orang keturunan Inggeris iaitu bernama Stiple, Jackson dan Watt telah membuka sebuah ladang kopi di Bukit Penggaram iaitu berhampiran dengan Pengkalan Jeram. Pemborong yang telah mengerjakan ladang itu adalah seorang Cina bernama Lim Soo Poon telah menjadi seorang kaya (tauke) dan ia telah berjaya membuat empat pintu rumah batu berdekatan dengan Sungai Batu Pahat.

Pada tahun 1888, usaha-usaha untuk membuka Bandar Batu Pahat semakin giat dijalankan oleh Dato’ Yahya bin Awaluddin yang turut dikenali sebagai Dato’ Yahya Tinggi di suatu kawasan Bukit Senangin, Kampung Tambak, tebing kanan Sungai Batu Pahat. Tetapi usaha beliau menemui kegagalan kerana faktor ekonomi dan geografi yang tidak sesuai. Malah menurut kepercayaan orang tua yang ada di kawasan itu tidak boleh dijadikan bandar kerana akhirnya akan dimasuki “angin”. Akhirnya, tempat tersebut ditinggalkan begitu sahaja. Pada tahun yang sama juga seorang lagi pembesar yang bergelar Dato’ Yahya Rendah cuba membuka bandar di kawasan Senanangar tetapi gagal juga kerana orang-orang tua peda masa itu menyatakan “nanti mulut ternganga”.

Walau bagaimanapun, pembukaan petempatan-petempatan baru masih juga diteruskan. Pada tahun 1889 Orang Kaya Sidek bin Ismail telah membuka satu petempatan di seberang Kampung Minyak Beku yang berdekatan dengan Kampung Jakun dan kawasan ini dinamakan Benut Selamat. Tetapi tidak lama kemudian nama tersebut telah bertukar kepada Bagan. Ramai orang yang tertarik ke tempat itu termasuk juga orang yang datang dari Pulau Jawa, Madura dan lain-lain pulau. Orang-orang Jawa yang diketuai oleh Haji Ibrahim telah membuka kebun-kebun kelapa dan kopi. Di antara orang-orang yang terkenal di kampung itu ialah seperti Pawang Abu, Haji Arshad (Orang Melaka) dan Mohamed Tab (Orang Muar). Sehinggalah pada tahun 1893, Dato’ Bentara Luar iaitu Dato’ Muhamad Salleh bin Perang berjaya memulakan usaha bagi membangunkan Bandar Batu Pahat di kawasan Simpang Kanan, kira-kira tujuh batu dari Kuala Sungai Batu Pahat.

Kemajuan Bandar Maharani yang telah dibuka pada tahun 1884, mencabar keupayaan penghulu-penghulu Batu Pahat bagi membuka sebuah bandar. Tambahan pula memandangkan kemajuan yang pesat di kawasan sekitarnya seperti Serum, Bertam, Tebing Tinggi, Kampung Sejagong, Langkap, Chaah dan lain-lain lagi. Maka satu perjumpaan telah diadakan di Kuala Simpang, terdiri daripada orang-orang kaya, penghulu-penghulu, Menteri Penghulu dan Jenang-jenang (gelaran bagi ketua orang asli) yang dipengerusikan oleh Encik Abdul Hamid bin Ahmad Ketua Pengaman Batu Pahat. Keputusan Mesyuarat tersebut telah melantik Penghulu Rahmat bin Ragam (Penghulu Simpang Kanan) dan Penghulu Kitam bin Mohd. Shah (Penghulu Simpang Kiri) mengadap Sultan Abu Bakar memohon Dato’ Muhamad Salleh bin Perang membuka satu bandar untuk Batu Pahat. Mereka berkeyakinan Dato’ Bentara Luar akan berjaya membuka sebuah lagi bandar kali ini di Batu Pahat.

Pada 4hb. November 1893, Dato’ Muhamad Salleh yang Pada masa itu diam di Kampung Senangar, dipanggil ke Johor Bahru. Pda 11hb. November 1893, Sultan Abu Bakar telah bertitah kepada beliau:
“Aku disusahkan oleh dua Penghulu Rahmat dan Kitam. Dua tiga kali berjumpa dengan aku minta engkau membuka Batu Pahat. Aku jawab dengan Rahmat dan Kitam, jangan engkau semuanya sumpah dan tidak ikut apa-apa perintah dia kelak. Dia jawab pada aku, tidak sekali-kali. Aku fikir bolehlah engkau buka Batu Pahat itu, mana-mana tempat anggaran engkau hendak jadikan Bandar…”

Kedudukan tempat yang hendak dijadikan bandar adalah kira-kira 15 kilometer dari kuala Sungai Batu Pahat, sebelah kanan tebing mudik sungai. Dato’ Bentara Luar memilih kawasan ini kerana senang dan boleh merapatkan kapal-kapal besar yang dianggarkan dapat masuk ke sungai dengan membina sebuah dermaga bagi kemudahan perdagangangan laut. Sungguhpun kawasan yang hendak dijadikan bandar rendah, sering ditenggelami air masin sewaktu air pasang besar dari laut, kira-kira 2 kilometer ke darat tanahnya tinggi dan subur bagi tanam-tanaman.

Dato’ Bentara Luar membuat rumah kediamannya di Kampung Penggaram bertentangan dengan Tasik Kadri untuk membuat kerja membuka bandar.
“Pada 2hb. Disember 1893, fakir menjalankan pekerjaan ukur-mengukur dari jalan kebun kopi ke Gunung Penggaram sampai ke Sungai Penggaram. Di tepi Sungai Penggaram itu fakir jadikan sebuah rumah atap tempat duduk fakir. Fakir jalankan pekerjaan membuat jalan dalam itu. Fakir mulakan menjalankan membuat rumah, pejabat, polis, mahkamah dan tambak-menambak batu di jalan.”.

Kerja mengukur, merancang dan membangunkan pusat Bandar pentadbiran daerah telah berjalan lancar dengan bantuan kuat dua orang penghulu itu termasuk perbelanjaan yang dipungut dari orang tempatan dan juga bantuan kewangan dari Orang Kaya Bagan serta kewangan Dato’ Bentara Luar sendiri. Pembukaan rasminya telah dilakukan pada 1hb. Januari 1894 oleh Dato’ Muhamad Salleh bin Perang sendiri yang dihadiri oleh Orang-orang Kaya, Penghulu-penghulu dan orang-orang kenamaan tempatan. Kemuncak majlis perasmian itu ialah istiadat menaikkan bendera negeri Johor di Bukit Penggaram yang sekarang menjadi tapak dan kawasan rumah kediaman Pegawai Daerah dan seterusnya bukit tersebut disebut orang Bukit Bendera hingga hari ini. Seterusnya selepas itu pegawai-pegawai tadbir pun disusun dan pejabat-pejabat kerajaan seperti mahkamah, polis, penjara, rumah sakit dan lain-lain juga diwujudkan satu demi satu. Perkembangannya berjalan dengan baik dan lancar dan dalam masa sebulan sahaja jumlah hasil kutipan telah mencapai RM1,500.00.

Pada 1hb. Disember 1894, diadakan satu majlis pengisytiharan menamakan bandar itu dengan nama Bandar Penggaram mengambil sempena nama Kampung Penggaram yang sedia ada di situ yang menjadi kampung kediaman Penghulu Rahmat.

Selain itu, turut diwujudkan sistem pentdbiran moden serta pegawai-pegawai tadbir tertentu bagi menggantikan sistem tradisional. Batu Pahat mula berkembang maju di mana Dato’ Muhamad Salleh bin Perang yang menjadi wakil Raja memerintah Batu Pahat, kemudiannya menjadi Pesuruhjaya Kerajaan, telah memainkan peranan yang amat aktif. Orang-orang kampung telah digalakkan dan digesa membuka kebun untuk bercucuk tanam dan membuat parit tali air dalam masa yang sama pemodal-pemodal asing mula datang membuka kebun, ladang dan berniaga di Batu Pahat. Kebolehan Dato’ Bentara Luar berbahasa Cina merupakan faktor menyebabkan beliau pada umumnya disukai oleh orang Cina dan faktor yang membawa kepada kemajuan ekonomi dan harmoni di daerah ini.

Pentadbiran Batu Pahat di bawah pimpinan Dato’ Bentara Luar berjalan lancar dan mengagumkan, ini dinyatakan oleh Ungku Sulaiman bin Daud, Pesuruhjaya Besar Johor (General Commissioner) dalam rangka lawatan tugasnya di Batu Pahat pada 21 hingga 24 Disember 1896. Kemajuan ekonomi Batu Pahat dapat diukur berdasarkan pendapatan daerah yang didapati sepanjang tahun. Semasa bandar ini di bangunkan dalam tahun 1893 pentadbiran daerah berjaya mengutip sejumlah RM15,000.00 sahaja tetapi dalam tahun 1910 pendapatan tahunan mencapai jumlah RM55,375.00.

Era Dato’ Bentara Luar berakhir pada pertengahan tahun 1911 apabila Ungku Ahmad bin Ungku Muhamad Khalid dilantik menjadi Pesuruhjaya Kerajaan Batu Pahat menggantikan Dato’ Bentara Luar. Batu Pahat mengalami zaman baru apabila sistem pentadbiran yang seiring dalam mana Pesuruhjaya Kerajaan Daerah berpadu dengan Penolong Penasihat berbangsa Inggeris untuk menjalankan pentadbiran.
Kini Batu Pahat terus membangun dan muncul sebagai salah satu daerah yang termaju di negeri Johor Darul Ta’zim dan mempunyai potensi yang besar untuk terus maju pada masa hadapan.

TEMPAT-TEMPAT BERSEJARAH DI BATU PAHAT

1. PERIGI BATU PAHAT


Perigi Batu Pahat ini asalnya disebut Perigi Siam. Ia dibuat oleh tentera Siam yang diketuai oleh Panglima Awi Di Chu untuk mendapatkan bekalan minuman dalam tahun 1456 pada masa mereka datang hendak menyerang Melaka bagi kali yang kedua pada zaman pemerintahan Sultan Mudzafar Shah. Baginda memerintah Melaka di antara tahun 1445-1458. Walau bagaimanapun kedatangan angkatan tentera Siam itu gagal menawan Melaka. Perigi ini asalnya adalah daripada sebuah takungan air terjun daripada bukit yang dikorek dan di dalamkan. Semenjak itu, orang-orang yang berulang-alik belayar yang mengambil air memanggilnya Batu Pahat.


2. BUKIT INAS

Satu kawasan perkampungan dipercayai yang tertua sekali di Batu Pahat yang wujud pada awal kurun ke enam belas telah dibuka dan diasaskan oleh Tun Mamat (Tun Ahmad), seorang pembesar Melayu Melaka pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud Shah. Setelah Melaka dikalahkan oleh Portugis dalam tahun 1511, Tun Mamat mengundurkan diri dan membuat tempat kediaman di kawasan ini. Salah satu makam yang bernisankan batu Aceh ini adalah dipercayai makam Tun Mamat. Keturunan dan zuriat Tun Mamat terus menetap di beberapa tempat di kawasan Simpang Kiri dan tempat-tempat lain khasnya di Batu Pahat hingga hari ini.

3. TANJUNG LABUH


Perkampungan Tanjung Labuh ini telah diteroka dan di buka oleh Bagus bin Juma’at yang datang dari Simpang Kanan Batu Pahat kira-kira dalam tahun 1850-an. Sejak itu Tanjung Labuh mula terkenal dan penduduknya bertambah ramai. Seterusnya dalam tahun 1858 Bagus bin Juma’at telah dilantik menjadi Penghulu yang pertama bagi kampung ini. Dalam tahun 1870 Ahmad bin Abdul Majid seorang utusan Maharaja Abu Bakar Johor telah sampai untuk meninjau keadaan Tanjung Labuh dan mereka berpuas hati bahawa tempat ini ada harapan untuk berkembang maju. Sebuah Rumah Pasung (Balai Polis) telah dibina oleh Kerajaan Johor dalam tahun 1886 dan apabila Bandar Penggaram dibuka dalam tahun 1894 serta pentadbiran Batu Pahat disusun semula, maka Tanjung Labuh telah diiktiraf sebagai sebuah daerah dengan melantik Sulaiman bin Ali sebagai Pegawai Daerah yang pertama bagi kawasan Tanjung Labuh.

4. BUKIT JERAGAN


Semasa Penghulu Pulau memerintah di Simpang Kanan ada seorang jeragan kapal (Kapten) yang dijumpai terdampar hampir maut di Sungai Kundur (Sungai Batu Pahat) apabila kapalnya pecah dan karam di tengah laut. Apabila ia meninggal dunia mayatnya dikebumikan di bukit lalu bukit itu disebut Bukit Jeragan. Sebelum itu Bukit Jeragan pernah di sebut Bukit Pantai. Peristiwa ini berlaku kira-kira dalam tahun 1819. Selepas itu, Bukit Jeragan ini menjadi tanah perkuburan orang ramai termasuklah kubur Penghulu Pulau yang pertama bagi kawasan Simpang Kanan, kubur Penghulu Musa dan kaum keluarga juga disemadikan di sini. Bukit Jeragan ini asalnya besar tetapi telah dipecahkan oleh Jepun pada zaman pemerintahannya di Malaya dan menjadi kecil seperti sekarang.

5. KAYU TANDA


Kayu tanda yang terletak di tepi padang hadapan Masjid Daerah ini adalah Kayu Tanda peringatan pembukaan Bandar Penggaram Batu Pahat pada tahun 1894. Tanda ini juga digunakan sebagai pengukur cahaya matahari untuk menentukan waktu gelincir cahaya bayangannaya bagi menentukan masuk waktu sembahyang.

6. KAMPUNG MINYAK BEKU


Kampung Minyak Beku telah di buka dan didiami oleh Daeng Ahmad atau gelarannya Wak Minah dalam tahun 1811 atas perintah Dato’ Temenggung Abdul Rahman Sri Maharaja Johor untuk membuka satu penenpatan di pantai barat Johor. Di situ ada sebatang pokok keruing yang berminyak dan beku keadaanya lalu tempat itu dinamakan Minyak Beku. Daeng Ahmad ini datang dari Tanah Bugis adalah keturunan Daeng Indera Perma yang berasal dari anak cucu Raja Chempa yang berkerajaan di Bukit Mor, Padang Muar. Beliau meninggal dunia kira-kira dalam tahun 1855 di luat dekat Pontian Besar dan dikebumikan di situ.

7. TASIK KADRI


Pada masa dahulu terdapat sebuah tasik semulajadi di daerah Batu Pahat ini. Oleh kerana tanah berhampiran tasik ini adalah kepunyaan seorang Arab yang terkenal namanya Syed Abu Bakar Al-Kadri berasal dari Pontianak, Kalimantan yang tinggal di tempat itu, maka Dato’ Bentara Luar dan Penghulu Rahmat telah meletakkan nama tasik itu sebagai Tasik Kadri. Kemudian pada tahun 1934 tasik yang indah ini telah di timbus dengan perintah Penolong Penasihat Kerajaan di Batu Pahat, iaitu seorang yang berbangsa Inggeris yang menjalankan pentadbiran di Bandar Penggaram ini.

8. BUKIT SOGA


Semasa Batu Pahat dibuka, kawasan di daerah ini terdapat rotan sega. Dengan ini maka ramailah orang yang berulang-alik mencari rotan dan termasuk juga orang-orang Kampar turut datang untuk mengambilnya. Tapi dari kepelatan percakapan orang-orang Kampar, mereka telah menyebut rotan sebagai soga. Sempena dengan kepelatan ini, bukit di mana terdapat banyak rotan ini telah di sebut sebagai “Bukit Soga”.

9. BUKIT CERMAI

Merupakan kawasan perkuburan orang-orang Islam yang terawal di daerah ini. Tanah perkuburan tersebut dinamakan Bukit Cermai bersempena mengambil nama orang yang pertama dikebumikan di kawasan tersebut iaitu “Cik Mai”. Tetapi sebelum kawasan ini dijadikan kawasan perkuburan dan dinamakan Bukit Cermai, orang-orang di sini mengenalinya sebagai “Bukit Basirah”. Kawasan perkuburan yang terletak di Jalan Tanjung Labuh ini masih lagi mempunyai ruang untuk digunakan.

10. TASIK MERDEKA


Pada mulanya ia merupakan sebuah bukit yang dipanggil Bukit Memberus. Kemudian kerja-kerja mengambil batu dijalankan di sini untuk ditambak pada jalan-jalan baru. Setelah itu, iaitu di antara tahun 1935-1936 sebuah syarikat Jepun telah membuat lombong di sini untuk mengeluarkan bijih ‘boxide” dan nama bukit ini ditukar pula kepada Bukit Makmor. Bila kerja-kerja mengeluarka bijih ini selesai maka kawasan ini telah menjad tasik. Semasa Dato’ Mohammad Eusof bin Abdul Rahman menjadi Pegawai Daerah Batu Pahat, beliau mengesyorkan supaya tasik ini dimajukan untuk dijadikan tempat berehat.


(Sumber dipetik : Laman Web Pejabat Daerah Batu Pahat)

Wednesday, February 3, 2010

ANTARA SUKA, SAYANG DAN CINTA

Saat kau MENYUKAI seseorang,kau ingin memilikinya untuk keegoisanmu sendiri.
Saat kau MENYAYANGI seseorang, kau ingin sekali membuatnya bahagia dan bukan untuk dirimu sendiri.
Saat kau MENCINTAI seseorang, kau akan melakukan apapun untuk kebahagiaannya walaupun kau harus mengorbankan jiwamu.

Saat kau MENYUKAI seseorang dan berada di sisinya maka kau akan bertanya,”Bolehkah aku menciummu?”
Saat kau MENYAYANGI seseorang dan berada di sisinya maka kau akan bertanya,”Bolehkah aku memelukmu?”
Saat kau MENCINTAI seseorang dan berada di sisinya maka kau akan menggenggam erat tangannya…

SUKA adalah saat ia menangis, kau akan berkata “Sudahlah, jangan menangis.”
SAYANG adalah saat ia menangis dan kau akan menangis bersamanya.
CINTA adalah saat ia menangis dan kau akan membiarkannya menangis dipundakmu sambil berkata, “Mari kita selesaikan masalah ini bersama-sama.”

SUKA adalah saat kau melihatnya kau akan berkata, “Ia sangat cantik dan menawan.”
SAYANG adalah saat kau melihatnya kau akan melihatnya dari hatimu dan bukan matamu.
CINTA adalah saat kau melihatnya kau akan berkata, “Buatku dia adalah anugerah terindah yang pernah Tuhan berikan padaku..”

Pada saat orang yang kau SUKA menyakitimu, maka kau akan marah dan tak mau lagi bicara padanya.
Pada saat orang yang kau SAYANG menyakitimu, engkau akan menangis untuknya.
Pada saat orang yang kau CINTAI menyakitimu, kau akan berkata,”Tak apa dia hanya tak tahu apa yang dia lakukan.”

Pada saat kau SUKA padanya, kau akan MEMAKSANYA untuk menyukaimu.
Pada saat kau SAYANG padanya, kau akan MEMBIARKANNYA MEMILIH.
Pada saat kau CINTA padanya, kau akan selalu MENANTINYA dengan setia dan tulus…

SUKA adalah kau akan menemaninya bila itu menguntungkan.
SAYANG adalah kau akan menemaninya di saat dia membutuhkan.
CINTA adalah kau akan menemaninya di saat bagaimanapun keadaannya.

SUKA adalah hal yang menuntut.
SAYANG adalah hal memberi dan menerima.
CINTA adalah hal yang memberi dengan rela.

~Dipetik dari Nofi~

UNGKAPI RAHSIA BULAN KELAHIRAN ANDA OLEH DATO DR FADZILAH KAMSAH

JANUARI
bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik, sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik, rajin dan setiap yg dibuat nampak keuntungan, suka smart, kemas dan teratur bersifat sensitif , berfikiran mendalam, pandai mengambil hati org lain, pendiam kecuali telah dirangsang, agak pemalu, daya tumpuan yang sangat tinggi, mudah mendisiplinkan diri sendiri, badannya sihat tetapi mudah diserang selsema, bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamirkannya, cukup sayang pd kanak-kanak, suka duduk rumah, setia pada segala-galanya, perlu belajar kemahiran sosial, cukup cemburu yg sangat tinggi

FEBRUARI
berfikiran abstrak, sukakan benda yang reality dan abstrak inteligent, bijak dan genius, berpesonality yg mudah berubah, mudah menawan org lain, agak pendiam. Pemalu dan rendah diri, jujur dan setia pd segalanya, keras hati untuk mencapai matlamat, tidak suka dikongkong, mudah memberontak apabila dikongkong, suka kegiatan yg lasak, emosinya mudah terluka dan sgt sensitif, mudah mempamirkan marahnya, tidak suka benda yg remeh-temeh, suka berkawan tapi kurang mempamerkannya, sangat berani dan suka memberontak, bercita-cita tinggi dan suke berangan-angan dan ada harapan utk merealisasikan impiannya, pemerhatian yg tajam, suka hiburan dan sukan, suka benda yg bersifat seni, sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran, berkecenderungan pd benda yg tahyul, amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros, belajar untuk mempamirkan emosi

MAC

berpesonaliti yg menarik dan menawan, mudah didampingi, sgt pemalu dan pemendam rasa, sgt baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati, sgt sensitif pd perkataan yg dituturkan dan alam persekitaran, suka pada kedamaian, sgt peka kepada orang lain, sesuai dgn kerjaya yg memberi khidmat kepada org lain, tidak cepat marah dan sangat amanah, tahu balas budi dan tahu kenang budi, pemerhatian dan penilaian yg sangat tajam, kecenderungan utk berdendam jika tidak dikawal, suka berangan-angan, suka melancong, sgt manja dan suka diberi perhatian yg sangat tinggi, kelam kabut dalam memilih pasangan, suka dgn hiasan rumahtangga, punya bakat seni dalalm bidang muzik, kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik, jgn terlalu moody.

APRIL
sgt aktif dan dinamik, cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal, sgt menarik dan pandai manjakan diri, punya daya mental yg sangat kuat, suka diberi perhatian, sgt diplomatik (pandai memujuk ), berkawan dan pandai menyelesaikan masalah org, sgt berani dan tiada perasaan takut, suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah, emosi cepat terusik, try control the emotion, kecenderungan bersifat dendam, agresif, kelam kabut utk membuat keputusan, kuat daya ingatan, gerak hati yg sangat kuat, pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan org lain, berpenyakit disekitar kepala dan dada, sgt cemburu dan terlalu cemburu

MEI
kekerasan hati & degil, kuat semangat & bermotivasi tinggi, pemikiran yg tajam, mudah marah apabila tidak dikawal, pandai menarik hati org lain & menarik perhatian, perasaan yg amat mendalam, cantik dr segi mental & fizikal, tidak perlu dimotivasikan, tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh org lain, mudah dipujuk, bersikap sistematik (otak kiri)suka berangan, kuat daya firasat, memahami apa yg terlintas di hati org lain tanpa diberitahu, bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit, daya khayalan yg tinggipermikiran yg tajam, pandai berdebat, fizikal yg baik, kelemahan sistem pernafasan, suka sastera,seni & muzik serta melancong, tidak berapa suka duduk dirumah, tidak boleh duduk diam, tidak punya ramai anak, rajin dan bersemangat tinggi, agak boros

JUN
berfikiran jauh & berwawasan, mudah ditawan krn sikap baik, berperangai yg lemah lembut, mudah berubah sikap, perangaiidea @moodidea yg terlalu banyak dikepala, bersikap sensitif, otaknya aktif (sentiasa berfikir), sukar melakukan sesuatu dgn segera, bersikap suka menangguh-nangguh, bersikap terlalu memilih & mahukan yg terbaik, cepat marah &cepat sejuk, suka bercakap & berdebat, suka buat lawak & bergurau, otaknya cerdas berangan-angan, mudah berkawan & pandai berkawan, org yg sangat tertib, pandai mempamerkan sikap mudah kecil hati, mudah kena selsema, suka berkemas, cepat rasa bosan, sikap terlalu memilih & cerewet, kurang mempamerkan perasaan, lambat nak sembuh apabila terluka hati, suka kepada barang yang berjenama, mudah menjadi eksekutif, kedegilan yg tidak terkawal, sesiapa yg memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya adalahkawan saya.

JULAI

Sangat seronok didamping, Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki, Agak pendiam kecuali diransang, Ada harga dan maruah diri, Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkanMudah dipujuk dan bercakap lurusSangat menjaga hati orang lainSangat peramahEmosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinyaBerjiwa sentimental jarang berdendam mudah memaafkan tapi sukar melupakan tidak suka benda remeh-temeh membimbing cara fizikal dan mental sgt peka, caring dan mengasihi serta penyayang layanan yg serupa dgn semua orang tinggi daya simpati pemerhatian yg tajamsuka menilai org lain dgn pemerhatian mudah dan rajin belajar suka muhasabah diri suka megenangkan peristiwa atau kawan lamasuka mendiamkan dirisuka duduk dirumahsuka tunggu kawan tapi tak cari kawantak agresif kecuali terpaksa lemah dari segi kesihatan perutmudah gemuk kawal tak kawal dietminta disayangimudah terluka hati tapi lambat pulihterlalu mengambil beratrajin dalam membuat kerja

OGOS
suka berlawak, mudah tertawan kepadanya, sopan santun dan caring terhadap org lain, berani dan tidak tahu takut. orgnya agak tegas & bersikap kepimpinan, pandai pujuk org lain terlalu pemurah & bersikap ego, nilai harga diri yg sangat tinggi, dahagakan pujian, semangat juang yg luar biasa. cepat marah & mudah mengamuk, mudah marah apabila cakapnya dilawan. sangat cemburu, daya pemerhatian yg tajam & teliti, cepat berfikir, fikiran yg berdikari, suka memimpin & dipimpin. sifat suka berangan, berbakat dlm seni lukis,hiburan & silat. sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk. cepat apabila ditimpa penyakit, belajar utk relax, sikap kelam kabut, romantik ,pengasih,penyayang suka mencari kawan

SEPTEMBER
sangat bersopan santun & bertolak ansursangat cermat,teliti & teratursuka menegur kesilapan org lain & mengkritik pendiam tapi panda bercakapsikap sangat cool sangat baik & mudah simpati sangat perihatin & terperinci,amanah,setia & jujurkerja yg dilakukansangat sempurnasangat sensitif ygtidak diketahuiorg yg banyak berfikir daya pentaakulan yg baikotak bijak & mudah belajarsuka mencari maklumat kawal diri dari terlalu mengkritikpandai mendorong diri sendirimudah memahami org lain(daya firasat yg tinggi) krn banyak simpan rahsiasuka sukan,hiburan & melancongkurang menunjukan perasaannyaterluka hatinya sangat lama disimpan terlalu memilih pasangansukakan benda yg luasbersistematik

OKTOBER
suka sembang suka org yg sayang padanyasuka ambil jln tengahsangat menawan & sopan santun kecantikan luar & dalamtidak pandai berbohong & berpura-puramudah rasa simpati,baik pentingkan kawansentiasa berkawanhatinya mudah terusik tetapimerajuknya tak lamacepat marahmacam pentingkan diri sendiritidak menolong org kecuali dimintasuka melihatdari perspektifnya sendiritidak sukaterima pandangan orglainemosi yg mudah terusiksuka berangan & pandaibercakapemosi yg kelam kabutdaya firasat yg sangat kuat (terutamanya perempuan)suka melancong,bidang sastera & senipengasih ,penyayang & lemah lembut romantik dlm percintaanmudah terusik hati & cemburuambil berat tentang org lainsuka kegiatan luarorg yg adilboros & mudah dipengaruhi persekitaranmudah patah semangat

NOVEMBER
banyak idea dalam perkara, sukar utk dimengertikan atau difahami sikapnya, berfikiran kehadapan, berfikiran unik dan bijak, penuh dgn idea-idea baru yg luarbiasa, pemikiran yg tajam, daya firasat yg sgt halus dan tinggi, bagus utk jadi doktor, cermat dan teliti, personality dinamik, sifat yg berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia, banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra, berani, pemurah, setia dan byk kesabaran, terlalu degil dan keras hati, apabila hendak. Diusahakan sehingga berjaya, taksuka marah kecuali digugat, mudah ambil berat terhadap orang lain, pandai muhasabah diri, cara berfikir lain dari org lain, otak yg sangat tajam, pandai mendorong diri sendiri, tidak hargai pujian, kekuatan semangat dan daya juang yg sgt tinggi, dan apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya, badan yg tough, kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam, romantik, tidak pasti dgn hubungan kasih sayang, suka duduk dirumah, sangat rajin dan berkemampuan tinggi, amanah, jujur setia dan pandai berahsia, tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi, bercita-cita tinggi, perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER

Sangat setia dan pemurahBersifat patriotikSangat aktif dalam permainan dan pergaulanSikap kurang sabar dan tergesa-gesaBercita-cita tinggiSuka menjadi orang yang berpengaruh dlm organisasiSeronok didampingiSuka bercampur dgn org Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelaiSangat jujur amanah dan bertolak ansurTidak pandai berpura-puraCepat marahPerangai yg berubah-ubahTidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggiBenci pada kongkonganSuka berlawakPandai buat lawak dan berfikiran dgn logik